Pages

Bila BFF berumah tangga

Sahabat korang seorang demi seorang makin menjauh kerana ada yang telah mendirikan rumah tangga. Normal situation rasanya bila BFF korang melangkah ke alam yang lain sedangkan korang masih bersendiri. Bukan bermakna korang tak laku or terlalu memilih teman hidup tapi mungkin belum masanya untuk korang tukar status. Ermm pikir camtue lebih senangkan dari runsing and meroyan sorang-sorang. Pedulikan segala pertanyaan and kata-kata orang lain coz ada baiknya juga korang bersendirian berbanding dorang. Jom semak kebaikan tersebut.

1) Peluang untuk diri sendiri
Mungkin sebelum nie masa korang banyak di luangkan bersama BFF so sekarang masanya untuk korang melakukan apa sahaja aktiviti yang korang mahu lakukan selama nie. Korang mempunyai masa yang lebih untuk diri sendiri. Padatkan masa tersebut dengan aktiviti yang berfaedah or boleh kerja part time bukan.

2) Luaskan Pergaulan
Nah nie lah masanya untuk menambahkan koleksi kawan-kawan korang and tak perlu terlalu bergantung kepada BFF tersebut. Luaskan pergaulan dengan mereka yang single a.k.a yang belum terikat. Semakin bertambah kawan bermakna semakin banyak aktiviti yang boleh korang lakukan.

3) Masa
Biarpun BFF korang dah berkahwin bukan alasan untuk korang tak berhubung. Mungkin dua tiga bulan masa yang BFF korang perlukan untuk dia menyesuaikan diri dengan status baru tersebut so bila masa dah sesuai boleh la berjimba semula kan kan..

4) Terima dia seadanya
Jangan mengharapkan hubungan persahabatan korang seperti dulu coz BFF korang mempunyai komitmen yang lain. Mungkin banyak perkara yang berubah so korang perlu bijak menangani situasi tersebut. Terima perubahan BFF korang seadanya.

5) Minat Baru
Cari minat baru and mana tahu dengan hobi baru tersebut boleh membantu korang menghilangkan rasa sedih dan tertekan.

6) Tidak keseorangan
Masih ramai lagi yang single and belum bertemu kekasih hati so that means bukan korang sorang yang alami masalah tersebut. Bertindak secara bijak untuk menghadapi setiap perubahan yang berlaku dalam hidup. Pada masa yang sama terimalah secara terbuka dan sokonglah BFF korang coz dia juga masih memerlukan korang.

So conclusionnya even status ape pun seseorang tersebut nilai persahabatan yang sedia terjalin perlu di teruskan. Jangan di sebabkan adanya kehidupan baru kita mula mengetepikan mereka yang pernah bersama kita pada masa lalu.

10 sifat calon SUAMI yang baik..

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut :

  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.
  2. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.
  3. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.
  4. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  5. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  6. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  7. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  8. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang.
  9. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas.
  10. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. 
  11. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  12. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan
p/s : credit untuk buku yang aku baca tapi sorry terlupa nak ambil nama penulis and tajuk buku..

Checklist Wedding Planner

Percaya atau tidak wedding planner adalah sesuatu yang teramat penting bagi bakal pengantin sebagai reference untuk korang take note and take the action supaya tiada yang tercicir. Lain la kalau korang upah wedding planner kan so tak perlu pening-pening kepala fikir segala hal. Tapi untuk bride to be macam aku yang tak berapa nak ada budget nie so terpaksa la arrange majlis sendirikan tapi takpe coz aku teramat puas hati untuk planning majlis tersebut. Eh aku kan pengantin budget so memang kedekut nak keluarkan budget untuk sesuatu yang aku boleh buat sendiri. Orang nak bercakap..? Eh biarkan jer la coz bukan majlis tersebut guna duit dorang kan.... Jom la tengok checklist aku yang tak seberapa nie.

PERSIAPAN AWAL

  • Kursus Kahwin
  • HIV test
  • Dokumen - (semua yang berkaitan)
  • Kad Kahwin VIP
  • Kad Kahwin biasa
  • Setem pos kad kahwin
  • Facial & spa (B & SYG)
  • Banner
  • Guest Book
  • Homestay Family B

HARI NIKAH
  • Baju nikah, tudung & veil SYG
  • Baju nikah, samping & songkok B
  • Gelang tangan (batal air sembahyang)
  • Mas kahwin
  • Upah Kadi
  • Bantal duduk
  • Photographer
  • Make up SYG

MAJLIS PERSANDINGAN (TAIPING)

  • Baju sanding, tudung, veil SYG
  • Baju sanding B
  • Make up dan aksesori
  • Bunga tangan
  • Pelamin
  • Pintu Gerbang
  • Bunga manggar
  • Kompang
  • PA system
  • Photographer
  • Baju family
  • Pengapit
  • Wedding cake
  • Hiasan meja beradap
  • Meja tetamu & khemah
  • Bunga @ Badge Penanggah
  • Hadiah cabutan bertuah
  • Hiasan bilik pengantin
  • Doorgift VIP
  • Doorgift biasa
  • Makanan (rewang-Taiping)

Errrr please la jangan muntah kalau terpandang perkataan yang tak enak dipandang tersebut yea. Checklist nie dah memang ada dalam buku wedding planner aku so malas pulak nak edit so copy paste terus dalam nie. Abaikan jer la yea perkataan-perkataan berkenaan and apa yang penting senarai checklist tersebut jer kan...

Hari majlis perkahwinan

Assalamualaikum... 
Akhirnya hari yang di nanti-nanti tiba jua. Degup jantung semakin laju dan berdebar-debar menanti saat dua hati menjadi satu. Chewahhhh ayat tak boleh belahkan. Segala perancangan dan persiapan semestinya akan menemui titik noktah so after this dah tak perlu stress jadi wedding planner untuk majlis sendiri iyea idak. So untuk hari majlis gilang gemilang tersebut korang cuma perlu :
  1. Jumpa mak andam untuk bersolek dan pastikan korang siap bermekap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke lokasi majlis.
  2. Pastikan korang membawa kad pengenalan dan segala dokumen yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul. 
  3. Bakal pengantin lelaki perlu sediakan wang mas kahwin dan diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
  4. Sediakan wang untuk diberikan kepada tok kadi sebagai upah nikah.
  5. Rombongan lelaki perlu datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu yang ditetapkan. 
  6. Pastikan tok kadi telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan tersebut.
  7. Elakkan terlalu risau menghadapi hari bahagia.
  8. Sentiasa bertenang dan sentiasa senyum walaupun korang penat. 
  9. Jangan skip breakfast supaya korang tidak kelaparan dan gelisah semasa majlis berlangsung.

So setelah selesai majlis tersebut semestinya korang rasa lega yang teramat sangatkan tapi jangan lupa masih ada tanggungjawab lain yang perlu korang selesaikan. So selepas majlis korang perlu :

  1. Kemas pakaian korang dan jika pakaian tersebut disewa so pastikan tiada yang hilang.
  2. Tentukan orang yang bertanggungjawab terhadap hadiah yang korang terima.
  3. Even penat jangan stress and nikmatilah hari istimewa tersebut. 
  4. Jangan lupa melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak supaya korang saling mengenali big family masing-masing.
Akhir kata perkahwinan itu adalah saling melengkapi antara kekurangan kita dengan kelebihan pasangan kita coz tiada manusia yang sempurna. Selamat menjalani bahtera rumahtangga dan semoga bahagia hingga akhir hayat.

Sehari sebelum majlis perkahwinan

Assalamualaikum...
Weiiiii lagi sehari jer majlis nie. Sempat ke nak settlekan segala persiapan. Hope segala perancangan korang berjalan dengan lancar la yea. That why la betapa pentingnya ada checklist and wedding planner. Kalau tiada semua tue rasanya agak kelam kabut kot coz kita nie bukan boleh ingat semua benda iyea idak. Sehari sebelum majlis perkahwinan korang perlu :
  1. Kalau ada masa sila berjumpa dengan sanak saudara korang especially yang datang dari jauh, dan pastikan dorang mempunyai tempat bermalam 
  2. Sediakan segala keperluan seperti iron, papan iron, cermin, jarum dan benang di tempat yang senang dilihat bagi memudahkan korang jika berlaku kecemasan. 
  3. Mula memakai henna/inai and ingat pengantin lelaki jangan gatal-gatal nak berinai yea.
  4. Kemaskan semua barang yang perlu korang bawa ke tempat perkahwinan jika majlis tersebut berlainan dari tempat tinggal korang.
  5. Sediakan semua aksesori perkahwinan, barang kemas, pakaian dalam, pin, ubat dan barangan kecemasan. 
  6. Bawa pakaian yang akan korang pakai sehari sebelum majlis ke hotel/rumah pengantin.

Kebiasaanya kalau di Perak akan diadakan majlis tahlil dan marhaban pada sebelah malamnya so pastikan segala kelengkapan tersebut settle sebelum malam coz selepas majlis korang perlu dapatkan rehat yang cukup dan tidur awal supaya segar keesokkan paginya. Jangan jadi mata panda sudah... 

Persiapan 3 hari sebelum majlis perkahwinan

Tak nak cerita banyak jom straight to the point. Entry kali nie dalam kategori zon pecut coz majlis hanya tinggal lagi 3 hari jer sebelum majlis. Nak tak nak, larat tak larat kena paksa diri jugak settlekan semua hal. Ok penat nak mengarang ayat so baca jer la persiapan yang patut korang take note nie....
  1. Mula menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan segala hantaran. 
  2. Sediakan guestbook corner. Itu pun kalau perlu. Sekarang dah jadi trend guestbook corner nie.
  3. Pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti. Selalunya mak andam yang tolong settlekan.
  4. Jika perlu ingatkan tetamu korang tentang majlis perkahwinan tersebut melalui telefon. 
  5. Untuk lebih segar mandi air panas bersama aromaterapi.. 
  6. Pastikan tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia korang. 
  7. Kenal pasti siapa yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan tersebut. (Begitu juga di pihak lelaki).
  8. Hubungi orang yang berkenaan minta mereka datang awal pada majlis tersebut. Contohnya:
Kompang
Jurufoto
Marhaban
Mak Andam
Tok Kadi
Saksi

Sila take note hal-hal yang kecil coz selalunya bakal pengantin akan terlepas pandang so pastikan korang beritahu hal yang berkenaan kepada orang tertentu supaya dorang boleh ingatkan korang saat korang terlupa. Saat macam nie korang perlukan kerjasama dari orang sekeliling and jangan bebankan diri sorang-sorang so biar dorang pun turut pening. Erkkk...
 
Persiapan 7 hari sebelum majlis perkahwinan

Assalamualaikum...
Merisik sudah, bertunang pun sudah kini tibalah masa yang di nanti-nantikan iaitu majlis pernikahan dan persandingan. Tahap stress semakin meningkat dan debaran semakin terasa menjelang 7 hari sebelum majlis gilang gemilang tersebut. Meh baca persiapan untuk 7 hari sebelum majlis perkahwinan tersebut.

  1. Maklumkan kepada Pengurusan Katering jumlah tetamu dan semak senarai tetamu
  2. Semak segala persiapan bunga pahar, doorgift, jurugambar dan muzik 
  3. Pastikan tetamu korang tahu laluan untuk ke majlis tersebut. Letak papan tanda (signboard) di tempat yang mudah dilihat. 
  4. Call tetamu/saudara-mara yang menginap di homestay/hotel tempahan mereka.
  5. Pastikan pakaian pengantin telah siap and jangan lupa ambil pakaian tersebut jika berpuas hati. 
  6. Kenal pasti dan sediakan seseorang yang akan menjaga barang-barang korang semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Saat nie korang akan kelam kabut uruskan segala hal so pastikan korang mendapat pertolongan dan kerjasama dari semua pihak. Time macam nie jugak bakal pengantin perlu banyak bersabar dan belajar settlekan problem secara berhemah coz masa nie tahap kesabaran korang turut diuji oleh orang sekeliling. Apapun jangan biarkan orang yang tak berkenaan pengaruhi mood korang wokeh. 

Persiapan 1-2 bulan sebelum majlis perkahwinan

Assalamualaikum readers...
Wokeh tak nak bebel sangat so untuk entry hari nie jom kita semak persiapan untuk sebulan hingga 2 bulan sebelum majlis perkahwinan. Time nie biasanya bakal pengantin dah mula stress and busy tahap cipan coz semua benda dah nak kena take note takut-takut ada yang tercicir. Meh semak sama-sama yea...
  1. Menyenaraikan nama tetamu supaya takde yang tercicir
  2. Bakal pengantin lelaki perlu semak semula jumlah sebenar wang hantaran
  3. Rancang dan tempah penginapan untuk percutian bulan madu 
  4. Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh 
  5. Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap 
  6. Memastikan ukuran baju korang sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan
  7. Menempah marhaban,pasukan kompang dan DJ. 
  8. Hantar/sediakan legal documents: 
    Sijil Kursus kahwin
    HIV Test
    Borang Kebenaran Nikah
  9. Lakukan rawatan SPA secara intensif 
  10. Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh 
  11. Pastikan cincin/gelang korang dalam ukuran yang betul 
  12. Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang korang inginkan 
  13. Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
  14. Buat perancangan majlis bersama pengacara majlis dan pilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung and sebaiknya biarlah lagu-lagu nasyid dan zikir.

Ok dah semak sama-samakan so jom buat persiapan yang sepatutnya. Majlis dah nak dekat nie.. Risau pulak kalau ada yang tercicir... ~_^

Persiapan 3-5 Bulan Sebelum Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum readers... 
Kalau sebelum nie aku story persiapan 12 bulan sebelum majlis so now aku nak sharing pasal persiapan 3 hingga 5 bulan sebelum majlis besar tue. Time camnie berada pada tahap sederhana kritikal la coz semua planning perlu di pastikan berjalan seperti yang dirancangkan. Korang perlu :
  1. Daftar dan menghadiri kursus pra perkahwinan. Kursus kahwin tue tak mahal pun juz RM80 jerk.
  2. Buat pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri masing-masing. 
  3. Mula menyelesaikan semua urusan persandingan seperti membayar deposit, pilih dan mencuba kelengkapan pakaian
  4. Pilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan
         a) kad undangan,
         b) kek perkahwinan,
         c) bunga tangan,
         d) jurugambar,
         e) jurusolek
          f) kompang/marhaban/DJ
         g) dan lain-lain
  5. Menempah dan menghubungi tok kadi dan pejabat agama Islam serta saksi pernikahan
  6. Membuat rawatan ke spa
  7. Tentukan budget untuk honeymoon itu pun kalau perlu.
  8. Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, photostat maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan supaya senang nak cari nanti so tak la kelam kabut. Contohnya:
         a) Salinan Surat Beranak
         b) Salinan Kad Pengenalan
         c) Salinan Surat Nikah Ibubapa
         d) Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport
         e) Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan
          f) Perintah bertulis mahkamah mengenai wali hakim, poligami/nikah bawah umur
         g) Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera
         h) Surat Perakuan Bujang dari majikan
  9. Barang-barang hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek beli semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun. So secara tak langsung boleh save budget.
  10. Pilih dan cetak kad jemputan kahwin

Kebiasaannya time camnie bakal pengantin mula stress coz macam-macam hal perlu settle. So cara terbaik adalah banyakkan reference supaya korang tahu macam mana nak settlekan satu-satu hal. Banyakkan bertanya dan berbincang dengan keluarga dan orang sekeliling yang close supaya dorang boleh tolong korang handle problem sama-sama wokeh.. (Biar deme pun pening jugak jangan korang pening sorang-sorang).

12 bulan Sebelum Majlis Perkahwinan

Selalunya kalau 12 bulan sebelum majlis nie orang cakap banyak lagi masa untuk buat preparationkan and masa tue tak la kelam kabut and runsing sangat fikir tentang majlis iyea idak. Time nie ok lagi la coz your mom takkan membebel itu ini coz Puan Sri kita tue pun rasa majlis tue lambat lagi kan. Masa nie kalau korang rancang nak DIY segala benda pun no hal la. Btw rasanya jarang kot orang sekarang nie bertunang lama-lamakan. Tapi kalau ada yang macam aku nie bertunang lama-lama so boleh la buat preparation sikit-sikit and nanti tak la huru hara sangat hidup nak fikir semua benda yang belum settle kan. Moh ler kita semak antara persiapan yang boleh kita buat sementara dok counting hari bahagia tersebut...
  1. Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
  2. Mula buat rujukan seperti, menentukan tema warna dan sebagainya. (Hantaran,PelaminBilik Tidur dll)
  3. Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
  4.  Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  5. Mengumpul nama tetamu
  6. Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
  7.  Memilih cincin pernikahan
  8. Memilih kek pengantin
  9. Memesan cenderahati untuk tetamu
  10.  Hebahkah ikatan yang sudah terjalin.
  11.  Tentukan bajet yang di perlukan untuk majlis pertunangan, akad nikah dan resepsi . Jangan lupa masukkan kos pengangkutan, kecemasan dan lain-lain yang perlu.

Orang tua-tua cakap sikit-sikit lama-lama jadi bukit so buat preparation awal-awal, nanti kurang sikit kerja-kerja yang membukit tue.. Ngeee....

1st dating..,buat kamu rasa berdebar..

Kenapa 1st dating nie penting..?? 1st dating selalunya merupakan platform yang terbaik untuk cik awek dengan encik BF saling kenal mengenali sebelum melangkah lebih jauh dalam sesuatu perhubungan so of course la korang rasa berdebar² iyea idak. Tapi ada jugak yang gagal memikat hati si dia di pertemuan 1st nie kan so no wonder la kalau ada yang serik dan takut untuk jatuh cinta lagi. Pape pun mungkin tips nie boleh membantu korang :
  1. Yakin dengan diri sendiri yang si dia adalah orang yang berkenan di hati bukannya untuk mencuba semata² @ untuk dilayan sambil lewa.
  2. Jangan menggelabah di hadapan si dia.
  3. Pakai pakaian yang sopan² yerk jangan nak dedah sana sini plak.. Tak sesuai wokeh..
  4. Kalau korang gurlz so kurangkan bercakap dahulu and biar si dia yang mulakan perbualan. Yo yo o jerk konon² sopan la ek.. Hahaha~
  5. Time ketawa tue cover² sikit yea..  Jangan macam pontianak sudah..
  6. Control tingkah laku maklum la time² camnie confirm si dia sedang menilai kamu iyea idak.. Kalau 1st dating pun dah kena reject so camno tue..
  7. Gurlz perlu lebih banyak mendengar dari bercerita yea.. Bukan ape karang excited bercerita ada jerk benda yang salah cakapkan..
  8. Jaga batasan dan pergaulan. Kalau boleh gurlz jangan berseorangan karang timbul fitnah pulak.
  9. Alert dengan setiap perlakuan dan reaksi si dia yea. 
  10. Kalau la 1st dating nie tak berjaya so terima dengan hati yang terbuka.

Pape pun jangan berputus asa yea seandainya 1st dating tue tak berjaya. Ingat bunga bukan sekuntum and kumbang bukan seekor.. Mungkin sudah ditakdirkan jodoh korang dengan pasangan yang lain.. Ok selamat bertemu cinta sejati.. Yok teruskan mencari.. Wee~

Riadah boleh menghilangkan LEMAK..

Warghhh dah lama tak jogging and mendaki.. Adoii sekali mendaki mau tercabut semua anggota nie.. Nie la akibatnya kalau dah jadi ayam daging.. Ermm bukan apa sekarang nie agak busy so memang tak sempat la nak jogging or senamrobik petang².. Dulu setiap minggu hari rabu dan sabtu jerk confirm la aku akan terpacak dekat Taman Botanikal, Melaka dok jogging and poco².. Hee~

Bagus sebenarnya riadah nie coz secara tak langsung boleh sihatkan tubuh badan pastue petang² boleh la cuci mata.. Ngeh².. Hahaha nakalnya aku.. Dah² jom tengok fakta nie :

  1. Berjalan kaki : Korang boleh mulakan dengan berjalan kaki selama sejam di waktu pagi. Umumnya semua otot di kaki akan bergerak dan 1 jam berjalan cepat akan membakar sebanyak 300 kalori..
  2. Mendaki Bukit : Xtvt nie memang aku suka dan sangat baik untuk membakar LEMAK serta menguji kekuatan otot kaki. (1 jam = pembakaran 530 kalori)
  3. Regangan : Ok nie senaman yang paling mudah yea.. Kalau malas jugak nak buat ermm tak tau la nak cakap ape lagi kan.. Sah² la "baloq liat".. Sambil² tengok tv dan baca blog pun boleh wat regangan so no reason yea..
  4. Berlari : Berlari merupakan cara yang terbaik untuk membakar lemak tapi jangan berlari dalam terlalu lama coz boleh sebabkan otot cedera. Sejam berlari dengan kecepatan sederhana boleh bakar 760 kalori.
  5. Permainan raket : Permainan beraket macam badminton dan tenis menyebabkan otot paha, lengan, bahu & punggung bekerja serentak. Sejam bermain boleh membakar 780 kalori. Xtvt nie aku main kat kampung jerk coz kat sini malas nak pergi stadium.. Hee~
  6. Permainan bola : Bola jaring, bola keranjang, bola tampar & bola jaring boleh menguatkan otot tangan dan bagi kekuatan untuk paha dan bahu. Sejam bermain bola dapat membakar 600 kalori.

Conclusionnya, lebih bersungguh² korang bersenam, lebih banyak LEMAK akan hilang tapi hati² jangan sampai tercedera sudah.. Senaman jangan tumpu pada bahagian tertentu jer sebaiknya lakukan senaman yang mampu meningkatkan dengupan jantung. Ok nie la info serba sikit cara berkesan untuk menghilangkan LEMAK.

Bagaimana Syaitan memasuki hati manusia

Assalamualaikum..

Hari nie nak share cara² bagaimana syaitan memasuki hati manusia.. Rujukan adalah  dari (www.zaharuddin.net)

  1. Terlalu cintakan kepada dunia sedangkan kehidupan di akhirat tiada langsung di dalam hatinya, baginya kehidupan hanya sekali sahaja iaitu di dunia.
  2. Terlalu melayan perasaan dan panjang angan-angan kerana sifat ini akan mengeraskan hati.
  3. Terlalu rakus kepada kehidupan dunia kerana ia akan membuahkan sifat tamak.
  4. Bakhil dengan apa yang dimiliki dan yang diperolehinya kerana ia merupakan pintu kepada kesombongan.
  5. Riya’, besar diri dan anggkuh kerana ia merupakan punca kepada sifat kemunafikan.
  6. Ujub dan sombong.
  7. Sentiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap orang lain dan berdendam
  8. Memandang remeh akan dosa-dosa kecil kerana ia akan mendorongkan lagi manusia berterusan dalam melakukan dosa kecil dikira sebagai melakukan dosa besar.
  9. Merasa suka dan gembira bila mendapat sesuatu musibah atau azab dari Allah.
  10. Memandang rendah kepada orang lain kerana sifat ini merupakan tapak bercambahnya sifat dengki dan membuka pintu kebencian.
  11. Bodoh diatas setiap tindakan dan perbuatan tetapi tidak pula menyedari akan kebodohannya itu sebaliknya merasakan dirinya sentiasa betul.
  12. Suka kepada pujian dan sanjungan kerana ia merupakan punca timbulnya sifat besar diri dan sombong.
  13. Ketika sedang marah kerana marah itu merupakan bara api dari neraka.
  14. Putus asa dengan rahmat Allah, sifat ini akan membuatkan seseorang merasakan dunia yang begitu luas ini terlalu sempit baginya, oleh kerana terlalu kecewa ia sanggup melakukan apa saja.

Wallahua'lam... Entry nie untuk renungan bersama yea.. Semoga kita menjadi yang terbaik.. ANDA BUAT ANDA DAPAT.

Tips pujuk memujuk kekasih merajuk.

Si dia merajuk...?? Adoii pening nyer kepala bila si dia merajukkan. Nak pujuk karang kena marah, tak pujuk pulak cakap tak take care so camner yea.. Nak tak nak terpaksa la pujuk jugak si kekasih hatikan.. Agak² nyer tips camnie boleh cairkan hati si dia tak..??

  1. Apa kata kalau korang juz lemparkan senyuman manis dengan seikhlas hati. Bukan apa senyuman lebih baik dari kata² yang boleh mengundang kemarahankan..
  2. Berterus terang dan jangan tipu² yea ermm ceritakn kepada si dia perkara yang sebenar, then jangan lupa tanyakan kenapa si dia merajuk hati.
  3. Cuba buat si dia ketawa tapi jangan sampai menambahkan lagi kemarahan si dia sudah ar..
  4. Lakukan kejutan dengan menghadiahkannya sesuatu ermm nak lagi best sertakan sekeping kad ucapan dengan kata² yang agak bermakna. Perghh confirm cair la..
  5. Kirimkan SMS @ MMS tapi pastikan si dia sudah tenang, then pandai² la slow talk and mintak maaf yea..
  6. Luahkan perasaan korang so baru la si dia tahu betapa pentingnya si dia dalam hidup u all kan..
  7. Kadang² susah jugak nak mulakan perbualan time muka masam mencuka so apa kata korang ambil hatinya dengan usikan nakal tapi berpada² la karang tak pasal² kena lempar kasut lak.. Hee~

Ok tips sudah ada so pandai² la yea jalankan sesi pujuk memujuk si dia.. Agak² ok ikut la ek tapi kalau was² jangan ler karang ada yang kena balun.. Hahaha...

Episod Pengenalan

Assalamualaikum readers..

Mungkin nie 1st entry yang aku post untuk this blog tapi hakikatnya aku bukanlah 1st time berblogging. Sebelum nie aku agak ghairah dengan blog yang lagi satu tue blog KISAH AKU KAU DIA & MEREKA tapi di sebabkan agak lama tak update sehinggakan blog tersebut merajuk.

     Percaya or tak yang aku dah terlupa email and password blog tersebut. So nak tak nak terpaksa la buat blog yang baru kan kalau tak susah plak kalau aku nak meroyan. Ngee... Memang patut pun aku terlupa IC blog tue coz last aku update pun tahun 2011. Lama giler kan.. Hehehe..

     Btw blog nie masih mengekalkan kriteria yang hampir sama dengan blog yang lama tue cuma kali nie aku cuba untuk buat tutorial so hope berjaya la eh. InsyaAllah blog nie untuk kita sama² berkongsi ilmu pengetahuan dan pendapat wokeh. Ilmu keagamaan, relationship, petua², tutorial and mungkin ilmu masakan juga akan aku kongsikan dengan korang. So nantikan jer la bila aku rajin untuk update semua² tue yea. Hope akan ada jugak yang sudi baca isi² blog nie even silent readers kan. Akhir kata terima kasih coz sudi jenguk blog yang tidak seberapa nie.

Bila BFF berumah tangga

0 comments

1 comments

3 comments