Akhirnya hari yang di nanti-nanti tiba jua. Degup jantung semakin laju dan berdebar-debar menanti saat dua hati menjadi satu. Chewahhhh ayat tak boleh belahkan. Segala perancangan dan persiapan semestinya akan menemui titik noktah so after this dah tak perlu stress jadi wedding planner untuk majlis sendiri iyea idak. So untuk hari majlis gilang gemilang tersebut korang cuma perlu :
- Jumpa mak andam untuk bersolek dan pastikan korang siap bermekap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke lokasi majlis.
- Pastikan korang membawa kad pengenalan dan segala dokumen yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.
- Bakal pengantin lelaki perlu sediakan wang mas kahwin dan diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
- Sediakan wang untuk diberikan kepada tok kadi sebagai upah nikah.
- Rombongan lelaki perlu datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu yang ditetapkan.
- Pastikan tok kadi telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan tersebut.
- Elakkan terlalu risau menghadapi hari bahagia.
- Sentiasa bertenang dan sentiasa senyum walaupun korang penat.
- Jangan skip breakfast supaya korang tidak kelaparan dan gelisah semasa majlis berlangsung.
So setelah selesai majlis tersebut semestinya korang rasa lega yang teramat sangatkan tapi jangan lupa masih ada tanggungjawab lain yang perlu korang selesaikan. So selepas majlis korang perlu :
- Kemas pakaian korang dan jika pakaian tersebut disewa so pastikan tiada yang hilang.
- Tentukan orang yang bertanggungjawab terhadap hadiah yang korang terima.
- Even penat jangan stress and nikmatilah hari istimewa tersebut.
- Jangan lupa melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak supaya korang saling mengenali big family masing-masing.
Akhir kata perkahwinan itu adalah saling melengkapi antara kekurangan kita dengan kelebihan pasangan kita coz tiada manusia yang sempurna. Selamat menjalani bahtera rumahtangga dan semoga bahagia hingga akhir hayat.
0 comments:
Post a Comment